21:18
Monday 8 December 2014 //

Assalamualaikum ya ukhti yang cantik lagi menawan, yang kacak lagi bergaya,
Permainan dunia bermain main di fikiran, membuat ku terfikir sejenak dan melihat persekitaran kita. Suara yang berkicau merdu sentiasa, di situ-lah aku berjalan jalan di persekitaran bunga bungaan dan tumbuh tumbuhan. Langkah demi langkah aku berjalan kali ni menuju ke tarikan manusia, adik adikku gelak ketawa menikmati zaman kanak kanak mereka. Bermain di tengah mentari mencurah curah air sesama sendiri. Alahai, gembiranya mereka. Aku terus naik ke tingkat satu melihat mereka bergembira, ada yang bermain bola air, ada yang berendam sahaja. Terima kasih tuhan kerana mengembirakan hati mereka. Tatkala sedang aku melihat, ada gadis di sebelah ku seperti aku melihat jua, sudah 10 minit aku di situ, dia hanya memerhati permandangan tersebut. Tiada keluhan tiada senyuman tidak ku tahu apa yang difikirnya tetapi aku lihat mulutnya berbicara zikruallah. Aku harap dia dalam keadaan gembira tiada kecelaruan hati, tiada kesempitan hati. Aku harap rezekinya murah sentiasa. Aku harap esok hari dia bangun gembira hatinya. Senyuman mekar menawan menghiasa hatinya. Aku harap apa yang gadis itu berharap akan menjadi kenyataan.