14:43
Monday 17 December 2012 //

Jika Tuhanku bertanya padaku, "Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku? Kau sembunyikan dosa dari makhluk-Ku dan datang pada-Ku dgn penuh dosa" Bagaimana aku nak jawab wahai diriku yang malang? dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku? Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa. Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati dan apa yg akan berlaku selepas aku dikafankan. Seolah-olah aku ini telah dijamin utk hidup selamanya. Seakan mati tidak akan menemuiku. Dan telah dtg kpdku Sakaratul Maut yg ngeri. Siapa yg mampu melindungiku? Aku melihat pd wajah² apakah ada drpd mereka yg akan menebusku? Akan ku disoal "Apa yg telah aku lakukan didunia utk menyelamatkan diri ini?" Bagaimana akan ku jawab setelah aku abaikan urusan agamaku? Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar ayat² Allah yg menyeruku? Adakah aku tak dengar apa yg telah diberitakan dlm surah Qaaf & Yaasin? Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan, hari qiyamah?Adakah aku tak dngr panggilan ajal maut menyeruku? Ya Rabb! Seorg hamba dtg & bertaubat. Siapa yg dpt melindunginya? Melainkan Tuhan yg Maha Luas PengampunanNya & membimbingku pd kebenaran 
Aku telah dtg pada-Mu, kasihanilah daku dan beratkan timbangan kebaikan ku. Ringankan (percepatkan) hisabku. Amiin Allahumma Amiin.