14:15
Monday 5 August 2013 //

Alhamdulillah. How was your Ramadhan? ya Allah, today i would like to thank you. You have teach me so much, you've change me from my dear old self, the changes that you've shown on me had made the child inside me smile.

Raya kali ni mula mula rancang tema warna oren, aw tapi last last minit tukar jadi warna pink, eh tapi takpelah, pink tu kan cantik, hehe. Langsir balang kuih semua warna pink. Best pula jadi jambu. Yelah, cantik, mestilah. Lagipun baju raya warna oren boleh pakai masa raya kedua. Wah, and syukur alhamdulillah, my baju kurung looks pretty on me, thank you Mama, i love you. Its been awhile since rasa cantik macam ni haha, perasan pula. Nanti balik kampung, fuh, lama tak jumpa sedara sedara, sepupu, adik adik yang datang suruh kutip duit raya sama-sama. Takut rasa awkward pula, harap harap jangan-lah jadi macam tu. Lagipun, takkan nak anti-sosial dekat pertalian darah sendiri kan. Harap harap tahun ni bertambah-lah silaturrahim antara kami sekeluarga, in sha allah. Mari amin-kan sama sama. Dan harap juga-lah tahun ni, Ramadhan kali ni bukan yang kali terakhir untukku dan anda. Amin. Banyak lagi kena perbaiki, banyak sangat sebenarnya. Astaghfiruallah.

Tadi letak kuih dekat dalam balang kuih, bila fikir balik, ada ke yang nak datang beraya dekat rumah ni haha. Marilah yang jadi pembaca ni, sahabat karib, sahabat handalan yang hensem lagi cantik lagi comel, semua dijemput datang. Yang daripada utara tu ataupun yang bukan duduk semenanjung tu, pika tak sponsor duit tiket kapal terbang ye, tak paksa ye. haha. Alhamdulillah juga, kerana mempunyai ramai sahabat yang mengajar hidup ni, walaupun ada tu tak pernah bersemuka langsung. Alhamdulillah, i'm sure mereka semua ni baik baik belaka, in sha allah, satu hari nanti, kita jumpa, in sha allah.

Oh lupa pula, bulan ogos ni bagaikan bulan yang paling tercantik dan tersayang sekali sebab apa ye? ye pandai pun! Hari jadi lah kan, alhamdulillah makin meningkat umur, jangan lupa 11 ogos nanti sama sama lah tinggalkan ucapan raya dan hari jadi sekali ye. Amboi, siap promote birthday lagi pika ni, harap hari tu pun dipenuhi dengan gelak tawa dan senyuman daripada semua orang. Raya keempat tu. Ala, jangan pula spoil cakap bulan ogos bulan trial spm pula, haha ye pika sedar ada trial bulan ni *menangis kejap* oh what to do. Ok lipat letak tepi kejap. Ahh, bila fikir balik tahun ni, wah banyak kesalahan yang ku telah buat dan terdapat juga kejahilan dalam diri ni. Bila teringat balik, ya allah, astaghfiruallah. Ada yang terluka, ada yang menangis. Astaghfiruallahal azim.

Harap raya tahun ni, in sha allah, maafkan lah dosa dosaku yang telah ku buat ke atas korang semua, lagi lagi kepada ibu bapaku. Sebelum tutup post kali ni, nak juga wish seikhlas hati, sehati sejiwa
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. In sha allah, yang buat salah tu kesemuanya dimaafkan. Doa doalah supaya hati mereka terbuka untuk memaafkan kesalahan kita :)