22:20
Friday 30 October 2015 //

Catatlah selalu apa yang kau pernah belajar,
Nanti kau lupa,
Nanti kau akan lupa
Ilmu pemberian tuhan.

Jangan pula sombong
Katakan diri kau pandai, nanti ada satu masa,
kau akan bersedih
kau akan mengatakan diri kau bodoh,
mengata diri kau tidak berguna,
mengatakan diri engkau itu tidak lagi ada erti.

Catatlah harian ilmu yang kau terima,
Simpan.
Ingat selalu.

Dari pahit ke manis,
indah ke ribut,
Semuanya pengajaran,
Ilmu pemberian tuhan.

Jangan pula lupa untuk lihat dunia luar
dan jangan pula lupa untuk lihat ke atas
Fikiran jangan di bawah dan di hadapan sahaja

Tetapi
Lihat sekali di atas
Siang tiba ada langit yang indah lagi tenang
Kadang kala gelap dan mendung
Kadang kala hujan dan ribut
Kemungkinan jika engkau lihat atas dengan lebih lama,

Mungkin,
cuma mungkin,
Kau akan nampak cantiknya pelangi,
mungkin dua sekali ataupun tiga!
Wah indahnya, jika kita sentiada dapat berfikiran begini.

Pandang atas lagi,
Gelap sudah, tiadalah matahari,
awan pun susah kelihatan.
Gelap, takut, aduh seram sejuk rasanya

Tetapi
ada nya cahaya di atas sana,
Bulan? Bintang?
Indah sungguh indah
Dalam dingin kesepian ada cahaya yang menemani kita.

Iman. Iman kita.
Jangan lupa, jaga iman.